Tayar merupakan bahagian kenderaan yang paling penting dan paling kurang difahami oleh kebanyakkan orang. Setiap perkara yang berkaitan dengan pemanduan -- menghidupkan enjin, bergerak dan berhenti melibatkan tayar.
Etika pemanduan yang baik akan memastikan jangka hayat yang panjang bagi tayar. Menggerakkan kenderaan dengan laju, pemberhentian yang mendadak dan membelok dengan tajam boleh merosakkan tayar kenderaan sekaligus memendekkan jangka hayat tayar.
Pastikan kenderaan anda tidak terlalu berat dengan muatan atau memandu kenderaan dengan tekanan udara tayar yang tidak sesuai. Kedua-dua amalan ini akan meningkatkan risiko kerosakkan tayar.
Bagi mengoptimumkan jangka hayat tayar, pastikan tekanan udara tayar yang sesuai, tukarkan tayar yang di bahagian belakang ke bahagian hadapan setiap 6 bulan atau 6000 batu (9,600 km), dan periksa pelarasan tayar 'wheel alignment' secara berkala/berjadual.
Periksa tayar anda dengan kerap. Periksa dengan teliti jika ada buih (gelembung udara) pada jalur tayar atau dinding tepi tayar, kebocoran yang dalam atau tanda-tanda lain yang tidak normal pada tayar anda.
Tukar tayar yang mempunyai gelembung udara pada dindingnya. Jika bocor terlalu dalam sehingga ke bahagian 'cord', tukar atau buang tayar tersebut. Sebarang kebocoran pada dinding tayar menunjukkan ianya tidak selamat. Juga perhatikan keadaan jalur tayar yang ganjil yang mana menunjukkan hujung tayar hadapan perlu dilaraskan. Tayar yang tidak dilaraskan akan menyebabkan ianya tidak seimbang atau tekanan udara yang tidak sesuai.
Sekian untuk perkongsian ilmu setakat ini...jumpa lagi di masa yang akan datang..
No comments:
Post a Comment